#CeritaKeretaEV — Hai semua, apa khabar? Kalau anda sedang survey nak beli sebuah kereta elektrik (EV) tapi masih lagi sedang berfikir-fikir sebab anda tinggal di pangsapuri? Posting ini adalah untuk anda!
Posting ni untuk anda yang tinggal di pangsapuri, flat, apartment, kondominium atau yang sewaktu dengannya. Ramai yang kata anda tak sesuai untuk guna kereta elektrik, betul tak?
Secara teknikalnya, betul. Tapi itu hanya pendapat saya sahaja. Kalau anda nak dapatkan kepastian yang lebih tepat, anda cuba tengok beberapa poin yang saya ceritakan kat bawah ni ya.
Jawapan Mudahnya Adalah Boleh
Jawapan mudah untuk soalan “Saya tinggal di pangsapuri, boleh ke pakai EV?” Jawapannya adalah BOLEH! Tak ada sesiapa pun mampu melarang untuk anda beli sebuah kereta elektrik walaupun anda tinggal di tingkat 88 KLCC.
Tapi anda perlu fikirkan beberapa masalah yang mungkin anda hadapi. Key point nya adalah kerana anda tak boleh mengecas kereta semasa anda berada di rumah.
Kos Pengecasan Akan Jadi Mahal
Anda hanya akan mengecas hanya menggunakan DC Charger di luar, iaitu public charger. Seperti yang kita tahu, kos untuk mengecas kereta elektrik selain dari di rumah sendiri adalah agak mahal.
Saya ada buat kira-kira untuk pengecasan kereta EV di public charger, iaitu di 3 shopping mall random di Klang Valley. Dalam posting tu saya buat kiraan secara asas bagaimana wang anda dibelanjakan untuk cas kereta.

Ya, kos untuk mengecas kereta elektrik di luar rumah memang mahal. Kalau kita bandingkan dengan kos isi minyak petrol, dah tentu kos mengecas kereta elektrik jauh lebih tinggi.
Hanya jika kita selalu mengecas kereta di rumah sahaja kos guna kereta EV akan jadi rendah. Kalau cas kereta di luar, mahal ya. Ingat tu.
Tak Boleh Pasang Wallbox Charger
Bila anda beli kereta elektrik, anda akan dibekalkan dengan satu set wallbox charger. Wallbox charger ni adalah alat yang boleh kita pasang dirumah untuk dapatkan kelajuan mengecas lebih laju dari 3-pin charger.
Saya ada ceritakan perbezaan kelajuan mengecas kereta EV guna charger 3-pin, wallbox dan DC charger di luar.
Bila anda pasang wallbox charger kat rumah, anda boleh mengecas kereta dirumah. Sambil anda berehat, tidur, buat kerja atau tengok tv, dalam masa yang sama kereta anda sedang dicas.
Tapi bila anda tak boleh pasang wallbox charger ni, kereta anda tak boleh dicas semasa anda berada di rumah. Sambil anda tidur, tengok tv dan lain lain, kereta EV anda tidak dicas pun.
Anda Akan Buang Masa Yang Banyak
Ramai pengguna kereta EV memang mengecas kereta mereka di rumah sahaja. Mereka gunakan public charger hanya sekali sekala iaitu selalunya semasa dalam perjalanan jauh. Kadang kala mungkin apabila dalam keadaan terdesak juga baru mereka gunakan public charger ni.
Saya pun macam tu juga, sentiasa mengecas kereta dirumah. Bahkan pada hari artikel ni saya tulis, kali terakhir saya mengecas kereta saya di luar rumah adalah 57 hari yang lalu. Lepas dari itu dalam 56 hari yang terakhir ni saya hanya cas kereta di rumah sahaja.
Bila anda tinggal di apartment, anda tak boleh pasang wallbox charger. Jadi anda perlu spend masa untuk mengecas kereta anda di luar rumah. Mungkin tak ada masalah jika tempat kerja anda ada DC charger, tapi ia akan berbalik kepada masalah pertama iaitu kos yang tinggi.
Ini Pendapat Saya
Jika anda tinggal di pangsapuri, apartment, kondominium atau semua yang sewaktu dengannya (bukan landed), anda belum sesuai menggunakan kereta EV. Jika anda guna kereta EV, ia akan menambahkan masalah kepada pengurusan masa dan juga poket anda.
Walaubagaimanapun, pilihan tetap ditangan anda. Apa-apa pun saya akan tetap support okay. Good day ahead!
Ditulis oleh,
