Cerita Kereta EV

Selepas 100 Hari Pandu Kereta EV, Ini Pendapat Jujur Saya

Ditulis pada 11 September 2025

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 11 September 2025

#Tags
#CeritaKeretaEV, 100 Hari EV

#CeritaKeretaEV — Hari Isnin yang lalu iaitu tanggal 8 September 2025 menandakan 100 hari saya menggunakan kereta elektrik BYD Atto 3 Ultra sebagai kenderaan utama dan harian. Dalam 100 hari ni, ada lah sedikit sebanyak pengalaman yang saya boleh kongsi dengan anda.

Ini adalah beberapa pendapat jujur saya dalam memiliki dan memandu kereta EV. Ada kemungkinan pendapat atau pengalaman saya ni langsung tak sama dengan apa yang dialami oleh owner kereta elektrik yang lain tau. Sekali lagi, ini pendapat jujur saya sendiri sahaja okay.

1. Rasa Serba Salah Nak Pandu Laju

Ramai yang tahu bahawa semua kereta EV mempunyai tork (torque) yang tinggi. Dalam bahasa orang kita biasanya kita sebut sebagai pick-up kuat. Bermakna kalau lampu traffic light bertukar hijau, kereta EV kita pasti boleh memecut lebih cepat berbanding kereta kereta petrol lain. Jangan lah pula compare dengan kereta petrol performance tau!

Tetapi sejak menggunakan EV, saya sendiri rasa serba salah nak pandu dengan laju ataupun nak tekan pedal minyak dengan agresif. Rasa serba salah ni datang dari perasaan nak menjaga bateri kereta.

Menjaga bateri ni bukannya nak menjaga ‘Battery Health’ macam yang biasa dirisaukan pengguna iPhone, tetapi lebih kepada nak dapatkan mileage yang paling jauh untuk setiap peratus bateri yang digunakan tu. Ya lah, lagi kuat pedal minyak ditekan, lagi kuatlah bateri yang akan digunakan.

Screenshot dashcam menunjukkan kelajuan sederhana di jalan yang kosong
Screenshot dashcam menunjukkan kelajuan sederhana di jalan yang kosong

Walhal sebelum ini masa guna kereta petrol sebagai kereta harian, memang jarang sangat fikirkan mileage terbaik untuk setiap liter minyak yang diisi didalam tangki minyak. Ini sedikit sebanyak memberi plus point kepada pemandu kereta EV tersebut, kerana akan memaksa pemandu supaya memandu dengan berhemah dan tak laju.

Bagus ke tak bagus?

2. Belajar & Praktikkan Perancangan Awal

Dengan menggunakan kereta EV ni, saya telahpun mula belajar dan mempraktikkan untuk membuat planning sebelum memulakan perjalanan. Kadang-kala saya mula merancang bila nak mengecas kereta 2 hingga 3 hari lebih awal. Lebih lebih lagi kalau nak pergi jalan jalan dengan keluarga.

Kalau untuk perjalanan jauh seperti diluar kawasan Lembah Klang, saya akan mula membuat research awal dimana tempat yang boleh saya berhenti untuk mengecas kereta sambil boleh melakukan perkara lain seperti makan dan solat. Lagi-lagi bila berjalan dengan keluarga, saya mesti berhenti mengecas di tempat yang sesuai.

Disini lah kesempatan yang diambil oleh penyedia DC Charger di tempat yang menjadi tumpuan keluarga seperti di shopping mall atau di R&R. Harga setiap kiloWatt (kW) pasti akan diletakkan pada kadar yang tinggi di tempat macam ni.

Screenshot App JomCharge
Screenshot App JomCharge

Screenshot yang saya attach kat atas ni adalah dari App JomCharge yang biasa saya gunakan untuk mengecas kereta saya di public charger.

Bila tiada plan untuk perjalanan jauh pula, saya belajar untuk plan bilakah masa yang paling sesuai untuk mengecas kereta. Lokasi office saya adalah 30 kilometer dari rumah, jadi satu perjalanan pergi dan balik sehari biasanya dalam 60 hingga 70 kilometer. Jarak harian berbeza kerana saya suka bertukar-tukar option jalan setiap hari.

Dari bateri kereta yang penuh 100% tu, pada kebiasaannya saya akan mula mengecas kereta apabila bateri dah turun lebih rendah dari 25%. Jika setiap hari saya pergi ke office, selepas 4 hari barulah saya akan mengecas kereta hingga bateri penuh.

3. EV Tak Sesuai Untuk Perjalanan Jauh Yang Rushing

Sebelum ni saya pernah tulis satu artikel tentang saya mengecas kereta di R&R Pagoh Arah Selatan yang menunjukkan bahawa kos untuk mengecas kereta EV di public charger agak mahal, jadi ia kurang sesuai untuk perjalanan jauh seperti dari KL ke utara tanah air, johor atau pantai timur.

Selain dari itu, kereta EV memang perlu masa untuk baterinya dicas. Ia tak boleh dicas penuh dalam masa singkat sebagaimana kereta petrol boleh isi minyak penuh dalam masa 5 minit sahaja. Kalau anda rushing dari Lembah Klang ke Johor Bahru contohnya, memang tak sesuai anda pandu kereta EV untuk tujuan ini.

Walau anda guna konsep ‘opportunity charging’ pun, anda tetap perlu masa untuk mengecas kereta EV. Sekurang-kurangnya 30 minit diperlukan untuk mendapatkan 100 hingga 150 kilometer tambahan supaya kereta anda sempat sampai ke destinasi.

Adakah EV Sesuai Dengan Kegunaan Saya?

Setakat 100 hari yang pertama menggunakan EV, saya fikir bahawa saya berjaya menyesuaikan diri dengan ragam pengecasan kereta elektrik ini. Saya berjaya melatih diri untuk selalu membuat early planning berkenaan mengecas kereta.

Selain itu, saya juga jarang rushing untuk perjalanan jauh. Sekiranya saya keluar dari kawasan untuk perjalanan jauh pun, selalunya adalah urusan leisure yang tak perlukan saya untuk rushing. Lagipun andai kata saya perlu rushing untuk perjalanan jauh, saya boleh pilih untuk pandu kereta petrol. Bila rushing, masa untuk mengecas kereta EV memang akan menyakitkan hati.

Kesimpulannya, saya happy untuk terus menggunakan EV.

Tulisan oleh,

Anda sedang membaca:

Selepas 100 Hari Pandu Kereta EV, Ini Pendapat Jujur Saya

Dalam kategori:

Cerita Kereta EV

Ditulis pada :

11 September 2025

Leave a Reply