#TravelDenganEV

Kesusahan Memandu Kereta Elektrik EV Untuk Perjalanan Jauh

Ditulis pada 23 August 2025

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 23 August 2025

#Tags
#TravelDenganEV, KL to Penang with EV, Long Distance, Pandu EV KL Penang, Perjalanan Jauh

#TravelDenganEV — Apa definisi perjalanan jauh untuk anda? Ada sahabat saya yang kata 50 kilometer itu adalah perjalanan yang jauh. Ada pula kata bahawa memandu 80 kilometer tu dekat sahaja. Perjalanan jauh bagi saya pula adalah perjalanan yang lebih dari 300 kilometer pergi dan balik.

Kalau setakat dari KL nak pergi ke Genting Highlands dah kira macam dekat sangat. Pergi dan balik rasanya tak sampai 150 kilometer pun kan. Apatah lagi kalau dari kawasan saya di Nilai ni nak pergi ke KL, pergi dan balik tak sampai 100 km pun.

Tapi kalau dari KL nak pergi ke Cameron Highlands, itu baru saya kira contoh perjalanan yang agak jauh. Apatah lagi kalau dari JB nak pergi ke Alor Setar, itu memang jauh. Dah nak mendekati 800 kilometer tu!

Jadi untuk perjalanan jauh ni, adakah pandu kereta EV memberi kelebihan atau kekurangan pada kita? Saya nak ceritakan kesusahan memandu kereta EV untuk perjalanan jauh. Tapi ini adalah pendapat saya je tau, tak semestinya semua orang sama okay!

Kena Berhenti Lama Untuk Mengecas Kereta

Untuk perjalanan jauh yang melebihi 300 kilometer, kemungkinan besar kita perlu berhenti di public charger untuk mengecas kereta elektrik kita. Bagi kereta EV saya iaitu BYD Atto 3 Ultra, range maksimum adalah anggaran 350 hingga 400 kilometer bagi setiap ‘full tank’ bateri.

Jadi memang ada keperluan untuk ambil masa untuk berhenti dan cas kereta. Dan mengecas kereta elektrik ni tak sama macam isi minyak kereta petrol tau. Isi petrol ambil masa tak sampai 5 minit. Tapi isi bateri kereta EV perlu dalam 40 hingga 50 minit untuk bateri penuh!

Gambar kereta EV sedang dicas menggunakan DC charger
Berhenti untuk charge di Amanjaya Walk Sungai Petani untuk trip Nilai — Alor Setar

Jadi kalau anda bukan seorang yang sanggup menunggu lama untuk mengecas, jangan pakai kereta EV. Bagaimana dengan saya? Saya dah berjaya adaptasi-kan diri dengan tabiat mengecas sambil buat aktiviti lain seperti makan, solat, pergi tandas atau menulis sekejap di blog ini.

EV Tak Sesuai Dipandu Dengan Laju

Biasanya untuk perjalanan jauh, sedikit sebanyak memang kita akan ‘tekan’ supaya laju sikit. Bila pandu kereta petrol, saya tak pernah fikirkan pun tentang penggunaan minyak bila pandu lebih laju.

Tapi bila dah mula pandu kereta EV ni, memang rasa serba salah nak pandu secara laju atau secara agresif. Kenapa? Sebab kuatnya feeling nak dapatkan maksimum kilometer untuk setiap peratus bateri tu.

Gambar tangan memegang stering sambil memandu diatas Jambatan Penang
Betul betul ikut speed limit, alhamdulillah!

Contohnya kalau pandu dengan cermat dan tenang, 1% bateri boleh bawa kereta sejauh 4 kilometer. Tapi jika pandu dengan agresif dan laju, 1% bateri hanya boleh bawa 3 kilometer sahaja. Kan dah terasa rugi disitu. Walhal kereta petrol pun sama juga kan, bila pandu dengan laju mestilah minyak lagi banyak dibakar.

Ini apa yang jadi pada saya lah. Ada kemungkinan pemandu EV lain tak ada perasaan macam ni pun, jadi mereka selesa sahaja kalau nak pandu kereta elektrik dengan laju.

Perlu Perancangan Awal

Bila pandu kereta petrol, anda tak perlukan perancangan awal. Anda boleh berhenti di mana mana sahaja petrol station dan boleh terus isi minyak. Walau tak jumpa petrol pump kegemaran anda, anda masih boleh isi petrol. Tak dapat kumpul points pun tak apa, sekurang-kurangnya masih boleh isi minyak supaya tak tersadai tepi jalan.

Lagipun kalau guna app Setel, dia siap boleh cadangkan lagi dimana petrol pump Petronas yang paling dekat dengan lokasi anda pada ketika itu. Tak perlu semak harga kan, semua harga minyak pasti sama sahaja.

Itu berbeza dengan menggunakan kereta elektrik. Anda memang perlu buat perancangan awal di mana tempat anda perlu berhenti untuk sesi mengecas kereta. Mungkin juga ada keperluan untuk menyemak harga terlebih dahulu, sebab semua tempat charger menawarkan harga yang berbeza-beza.

Itu pun kalau charging bay tidak penuh. Kalau penuh, macammana? Kita panggil itu sebagai ‘waiting game’. Kita hanya boleh tunggu je sampai owner kereta EV tu siap charge.

Gambar dari dalam kereta, tunjukkan sedang menunggu charging bay ada kekosongan
Selagi dia belum siap, kita terpaksa tunggu!

Kebanyakan petrol pump pula beroperasi 24 jam. Berbeza dengan public charger untuk kereta elektrik ni, banyak juga yang tak boleh digunakan bila dah tengah malam. Ada juga yang hanya boleh digunakan dari jam 7 pagi hingga jam 7 petang sahaja.

Jadi perancangan awal memang perlu jika anda nak bawa EV untuk perjalanan jauh. At least kena pastikan di sepanjang perjalanan anda tu, ada charger.

Kos Pengecasan Mahal

Saya pernah ceritakan kos untuk mengecas kereta EV saya semasa singgah di R&R Pagoh Arah Selatan. Pendapat saya adalah kos untuk mengecas kereta EV selain dari di rumah adalah agak mahal. Kalau bandingkan dengan kereta petrol, pasti kos mengisi petrol adalah lebih murah untuk perjalanan jauh.

Mungkin ramai dalam kalangan T20 yang merasakan bahawa kos pengecasan tu murah sahaja. Ya, itu kerana poket anda tebal. Bagi kami yang berada dalam golongan M40 dan B40 ni, kos mengecas kereta EV di public charger tu adalah mahal. Sebab itu sebolehnya saya hanya cas di rumah sahaja.

Kalau nak tahu Berapa Harga Cas Kereta EV Guna DC Charger di Shopping Mall? Klik je untuk baca cerita tu okay.

Pendapat Saya, EV Kurang Sesuai Untuk Perjalanan Jauh

Setakat ini pendapat saya masih lagi konsisten bahawa kereta elektrik kurang sesuai untuk perjalanan jauh. Anda perlu faham makna ‘kurang sesuai’ disini ya. ‘Kurang sesuai’ bukan bermakna tak boleh. Boleh je kalau anda nak bawa EV untuk jalan jauh.

Saya sendiri pun bawa EV saya, BYD Atto 3 Ultra untuk jalan jauh. Setakat 3 bulan pertama pun saya dah bawa ke Desaru (Johor), Alor Setar (Kedah) dan juga Georgetown (Penang). Insyaallah dalam masa terdekat saya akan cuba bawa EV ke Kuala Terengganu kerana ada urusan kerja disana.

Macammana nak jadikan EV sesuai untuk perjalanan jauh? Langkah pertama adalah memperbanyakkan jumlah public charger (terutamanya di pantai timur). Kemudian diikuti dengan availabiliti 24 jam sehari di semua charging station.

Terima kasih kerana anda luangkan masa untuk membaca, saya amat hargai. Thank you, good day ahead!

Ditulis oleh,

Anda sedang membaca:

Kesusahan Memandu Kereta Elektrik EV Untuk Perjalanan Jauh

Dalam kategori:

#TravelDenganEV

Ditulis pada :

23 August 2025

Leave a Reply