#JanganAdaRangeAnxiety — Hello semua, apa khabar? Anda tahu tak berapa jauh kereta elektrik boleh jalan dari bateri penuh sampai habis? Ini cerita saya, dari tanggapan awal sebelum beli kereta hinggalah realiti sebenar yang saya lalui setiap hari. Ini pengalaman saya sendiri sebagai pengguna kereta EV, BYD Atto 3 Ultra setelah 3 bulan.

Berapa Jarak Yang BYD Claim?
Mengikut brochure dan laman web BYD, mereka kata bahawa kereta BYD Atto 3 Ultra ni boleh mencapai range sejauh 480 kilometer (km). Berapa jauh 480 kilometer ni? Kalau dari KL, 480 km tu dah boleh sampai ke Arau Perlis tau.
Ini adalah link untuk anda tengok sendiri laman web mereka — https://byd.simemotors.my/byd-atto-3-ultra
Tetapi anda jangan terpengaruh dengan nombor yang tinggi itu ya. Sebabnya bacaan tu adalah bacaan nilai NEDC. NEDC ni adalah bacaan cara lama untuk kita determine jarak sesebuah kereta itu. Nombor ini tidak realistik sama sekali.

Jadi macammana kita nak dapatkan range yang lebih realistik? Jawapannya adalah anda kena cari range yang menggunakan bacaan WLTP, ia lebih realistik. Sebenarnya bacaan WLTP ni gabungkan ujian kereta tu dengan pemanduan lebih laju sikit, lebih kerap brek dan suhu pun lebih real. Jauh lebih tepat berbanding bacaan NEDC.
Ingat, WLTP > NEDC. Bila nak baca range sesebuah kenderaan EV, ingat untuk guna WLTP ya!
WLTP Lebih Tepat, Tapi Adakah Ia Yang Sebenar?
Bacaan WLTP sememangnya lebih tepat dan realistik berbanding bacaan NEDC. Tapi adakah bacaan ni adalah bacaan sebenar mengikut pemanduan harian pemandu sebenar?
Jawapannya adalah tidak. Saya fikir semasa mereka buat ujian ni, memang banyak benda yang berada dalam ‘controlled environment’. Bermakna banyak benda yang terkawal. Contohnya kelajuan.
Saya sebagai pengguna kereta BYD Atto 3 di dunia sebenar ini, saya nak bagitahu anda tentang range sebenar yang saya mampu dapat dari kereta ini.
Pengalaman Saya Semasa Test Drive
Sebelum beli kereta BYD Atto 3 Ultra (2025) ni, saya pergi test drive kereta ini di sebuah showroom BYD. Pengalaman saya test drive adalah OK, tak ada apa-apa masalah. SA (sales advisor) juga boleh tahan la, not too bad.
Cuma ikut pengalaman saya pada masa test drive tu, saya tengok di instrument cluster. Kat situ ada tulis berapa baki mileage yang boleh saya drive dengan baki bateri yang ada.
Saya masih ingat lagi masa tu ada baki bateri anggaran 95% dan range yang boleh di-drive adalah anggaran 450 kilometer. Jadi mengikut fikiran saya yang naif pada masa itu, saya rasa “Okay lah range ni, jauh juga range-nya”.
Kat bawah ni saya share-kan contoh gambar screen untuk instrument cluster kereta BYD Atto 3. Anda boleh cuba tengok ;

Anda boleh nampak, kat screen tu ada tulis baki bateri sebanyak 30%. Di sebelah bar hijau yang melambangkan bateri tu, ada tulis 144 km kan? Itu lah baki yang KONONNYA jarak kereta tu boleh di-drive.
Sebenarnya, range yang dia tulis kat screen tu memang tak tepat ya. Tolong jangan percaya pada range yang ditulis pada screen tu. Kerana bacaan range itu adalah (kemungkinan) bacaan NEDC.
Jarak Sebenar Yang Mampu Dicapai?
Ini adalah pengalaman sendiri dalam dunia sebenar atau ‘real world’.
Saya adalah pengguna BYD Atto 3 Ultra yang telah menggunakan kereta ini anggaran selama 3 bulan. Pemanduan saya bercampur-campur antara laju dan perlahan. Ada juga campuran pecutan dan brek, naik bukit dan turun bukit seperti manusia biasa.
Mengikut kajian dan kiraan saya, range yang sebenar hanyalah anggaran 70% sahaja dari yang ditulis di screen tu. Mengikut purata pemanduan saya sendiri, 1% bateri kereta EV saya ni mampu bawa kereta sejauh 3.5 kilometer.
Bermakna jika dari bateri 100% dan dihabiskan hingga 0%, kereta ini mampu bawa saya sejauh anggaran 350 kilometer sahaja.
Kesimpulannya ingat ya, jangan percaya berapa range yang ditulis di screen. Anda boleh percaya peratus baki bateri, tapi jangan percaya baki range, okay? Good day ahead!
Ditulis oleh,
