Good Side of BYD Atto 3

Kenapa Saya Pilih BYD Atto 3 Ultra Sebagai Kereta EV Pertama

Ditulis pada 7 July 2025

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 7 July 2025

#Tags
#CeritaKeretaEV, EV Car, First EV Car, Kereta EV, Kereta EV Pertama

#CeritaKeretaEV — Assalamualaikum semua dan hai, nama saya Wanzai. Saya akan menulis dan buat perkongsian di laman web wattzai.tv ni tentang pengalaman menggunakan kereta elektrik (EV) BYD Atto 3 Ultra (2025) sebagai kereta utama dalam kehidupan seharian saya. Ia juga adalah kereta elektrik pertama saya.

Baru baru ini pada bulan Mei 2025, saya telah mendapatkan sebuah kereta SUV elektrik (EV) dari BYD iaitu Atto 3 Ultra. Bila saya beli kereta ini, ia pastilah akan jadi topik bila saya bersembang dengan kawan kawan dan saudara mara.

Saya nampak pola yang sama dalam soalan yang ditanya kat saya, iaitu ‘dalam banyak banyak kereta elektrik, kenapa saya memilih BYD Atto 3?’. Ini adalah 5 sebab kenapa saya memilih BYD Atto 3 Ultra sebagai kereta elektrik pertama dalam hidup saya.

1. Tawaran Harga Menarik Iaitu Rm 118,800

Semasa memikirkan untuk membeli sebuah kereta EV, saya hanya letakkan bajet yang sederhana iaitu dibawah RM 150K sahaja.

BYD Tawarkan harga yang sangat menarik untuk BYD Atto 3 pada tahun 2025 ini, iaitu Rm 118,800 sahaja. Kalau anda nak tahu, harga untuk BYD Atto 3 ni pada tahun 2022 dan 2023 adalah anggaran Rm 150K. Jadi ada potongan harga yang banyak, dalam 30K juga tu!

Kalau kita tengok kereta EV yang lain contohnya Tesla Model 3, ia cukup cantik juga tapi harganya dah mendekati RM 200K (dah melebihi bajet saya tu hehe).

Tapi kan, saya rasa macam BYD akan turunkan lagi harga Atto 3 ni. Ada kemungkinan untuk tahun 2026 nanti, harga Atto 3 yang terbaru pada masa tu adalah Rm 100k sahaja. Nanti kita sama sama tengok okay!

2. Waranti Bateri Selama 8 Tahun

Untuk saya sebagai seorang yang tak pernah menggunakan kereta elektrik sebelum ini, dah pasti kerisauan utama saya adalah berkenaan bateri kereta. Dari segi ketahanannya samada berapa lama bateri kereta ini boleh bertahan, 1 tahun atau 5 tahun kita tak pasti dan tak tahu.

Apabila saya baca iklan untuk BYD Atto 3, saya dapat tahu yang mereka tawarkan waranti bateri selama 8 tahun — ataupun 160,000 kilometer, mana mana yang datang dahulu. Cukup lama dan cukup jauh boleh travel, kan?

Tawaran waranti bateri selama 8 tahun ni cukup menenangkan jiwa saya sebagai orang yang berniat mahu berhijrah dari pengguna kereta petrol kepada kereta elektrik. Tapi bukan hanya BYD, saya dengar bahawa Chery pun tawarkan waranti bateri selama 8 tahun untuk kereta elektrik mereka.

3. Servis Percuma Selama 8 Tahun

Pada masa saya membeli kereta ini di showroom BYD, saya diberitahu bahawa BYD sedang bagi tawaran servis percuma selama 8 tahun. Ini bukan waranti tau, ini adalah servis kenderaan. Kalau anda tengok poster promosi mereka kat bawah ni, boleh cuba tengok bahagian ‘Drive With Confidence’, itulah pakej servis percuma yang mereka tawarkan.

Poster promosi BYD Atto 3 Ultra (2025)

Apa yang termasuk dalam pakej servis ni? Mengikut BYD, ini adalah parts yang termasuk dalam tawaran servis percuma ;

(1) Reducer Oil Service, (2) Air Conditioning Filter Service, (3) Brake Fluid Service, (4) Drive Motor Coolant Service, (5) Air Conditioning Refrigerant Service.

Anda rasa, okay tak dengan tawaran BYD ni? Baru baru ni saya datang ke

4. Dalaman BYD Atto 3 Ultra Sangat Cantik Dengan Tema Hitam

Pendapat saya, interior BYD Atto 3 Ultra (2025) ini dah jadi sangat cantik dan kemas. Saya bandingkan dengan Atto 3 yang dilancarkan pada tahun 2023 dan versi 2024.

Atto 3 yang lebih lama iaitu versi tahun 2023 guna warna biru dan putih dan versi tahun 2024 guna warna biru dan hitam. Secara jujurnya saya sangat tak minat dengan kombinasi warna kedua dua tahun itu. Malah ada seorang youtuber reviu kereta kata, bila duduk dalam Atto 3 akan ada perasaan macam duduk dalam ikan paus!

Saya ada buat video youtube yang pertama dibawah Wattzai TV. Saya ceritakan tentang interior BYD Atto 3 Ultra (2025) ni. Kalau anda nak tengok interior kereta ni secara video, tengok video tu okay!

5. Ada Panoramic Roof Yang Besar

BYD Atto 3 Ultra datang dengan panoramic roof yang sangat besar, macam dalam gambar yang saya attach dibawah ni. Dan apa yang bagusnya, dibawah panoramic roof ni, ada satu layer sunshade yang boleh dibuka dan ditutup juga, sama macam panoramic roof itu sendiri.

Ini adalah sebab saya memilih BYD Atto 3 berbanding Chery Omoda E5. BYD Atto 3 datang dengan panoramic roof yang besar, dari atas kepala driver di seat depan sampai lah atas kepala passenger di seat belakang. Manakala Chery Omoda E5 datang dengan sunroof yang kecil, hanya diatas kepada driver dan passenger di seat depan sahaja.

Selain dari itu, BYD Atto 3 datang dengan suis khas untuk buka dan tutup cermin dan ada suis khas untuk buka dan tutup sunshade. Manakala untuk Chery Omoda E5, suis khas untuk buka dan tutup cermin memang ada, tapi kalau nak buka dan tutup sunshade tak ada suis tau. Anda perlu buka dan tutup sunshade tu secara manual guna tangan anda.

Cuma sebenarnya ini adalah aksesori tambahan sahaja kan, ia tak sepatutnya jadi sebab utama dalam memilih kereta. Tapi, why not? Hehe.

6. Ada Aircond Vent Passenger Belakang

Selain dari Chery Omoda E5, saya juga bandingkan satu lagi model kereta elektrik dari China iaitu MG4 EV. Dan salah satu sebab saya terus reject MG4 dan terus pilih BYD Atto 3 adalah aircond vent untuk passenger di seat belakang. Selain pergi ke pejabat atau berjumpa dengan client, saya juga kerap jalan jalan dengan family seramai 5 orang. Pada saya, aircond vent untuk passenger di seat belakang ni sangat penting.

Dan aircond vent seat belakang pada BYD Atto 3 juga ada 2 unit yang mana satu boleh diarahkan ke kiri dan satu lagi kekanan. Jadi passenger yang duduk di kiri dan kanan, dua dua boleh dapat aircond tambahan dari backseat aircond vent.

Disinilah kelebihannya berbanding Chery Omoda E5 yang mana hanya ada satu sahaja aircond vent untuk passenger belakang. Kalau dihalakan kekiri, passenger kanan tak merasa!

Itulah Antara 6 Sebab Kenapa Saya Pilih BYD Atto 3

Akhir sekali, pemilihan BYD Atto 3 Ultra sebagai kereta EV pertama saya bukanlah keputusan yang saya buat dalam keadaan terburu-buru, tapi hasil dari pertimbangan teliti dari segi harga, waranti, kos penyelenggaraan dan juga ciri-ciri praktikal yang ditawarkan oleh BYD. Dengan kombinasi faktor-faktor ini, saya rasa bahawa Atto 3 Ultra benar-benar memberi nilai terbaik untuk pemilik kereta EV baru macam saya. Ia bukan sahaja memenuhi keperluan harian, malah memberikan keyakinan untuk terus melangkah ke dunia mobiliti elektrik dengan lebih selesa dan yakin.

Tulisan oleh,

Anda sedang membaca:

Kenapa Saya Pilih BYD Atto 3 Ultra Sebagai Kereta EV Pertama

Dalam kategori:

Good Side of BYD Atto 3

Ditulis pada :

7 July 2025

Leave a Reply