Assalamualaikum dan hai semua. Anda sedang cari maklumat tentang berapa harga untuk mengecas kereta EV kat Malaysia ni? Posting ini adalah untuk anda. Ini adalah pengalaman diri saya sendiri setelah menjadi pengguna kereta EV selama 111 hari pada hari ini.

Saya dah pernah tulis tentang 3 cara mengecas EV. Tapi untuk entri kali ini, saya nak cerita tentang harga untuk cas kereta EV di luar. Maksud saya dengan ‘di luar’ ni adalah seperti di R&R, shopping mall, pejabat kerajaan atau di Starbucks.
Jadi, macammana dengan harga untuk cas kereta EV kat Malaysia ni?
Harga Cas Kereta EV Berbeza-Beza, Tak Macam Minyak
Harga untuk cas kereta EV kat Malaysia ni berbeza-beza, tak sama macam minyak. Untuk minyak RON95 contohnya, harga terkini adalah RM 1.99 sahaja di Malaysia ni kan? Semua orang akan dapat harga yang sama. Lagi lagi sekarang ni harga RM 1.99 ni hanya untuk pemegang MyKad sahaja kan.
Tapi ini berbeza dengan harga nak cas EV. Kalau anda tengok setiap stesen mengecas, semuanya menawarkan harga yang berbeza-beza. Kenapa harganya tak sama?
Bergantung Kepada Banyak Faktor
Harga yang berbeza beza ni bergantung kepada banyak faktor. Faktor yang paling mendapat perhatian adalah faktor kelajuan mengecas. Biasanya, jika satu-satu charger tu boleh bagi kelajuan mengecas yang tinggi, harganya pasti lebih mahal. Charger yang berkelajuan 120 kW pasti harganya lebih mahal dari charger yang berkelajuan 50 kW.
Kemudian, ia jugak bergantung kepada syarikat yang mengoperasikan charger tersebut. Ada syarikat yang memang dikenali sebagai penyedia charger mahal dalam kalangan pengguna pengguna EV. Ada pula syarikat yang memang dikenali menjual elektrik dengan harga yang murah.
Bagi saya secara peribadi, saya suka kalau dapat jumpa pengecas yang dioperasikan oleh DC Handal. Pada saya, DC Handal tawarkan harga yang cukup menarik. Kelajuannya juga tak mengecewakan saya. Selain dari itu, lokasi yang disediakan juga cukup convenient bagi saya.
REMARKS: DC Handal TIDAK BAYAR saya untuk posting ni ya. Saya hanya berikan pendapat peribadi je ni. Andai kata pihak DC Handal jumpa tulisan saya ni, mari lah sponsor saya. Boleh lah saya buat kerja ni secara full time, hehe.
Tetapi pada saya, faktor terbesar bagi perbezaan harga ni adalah sebab DEMAND. Ya, sebab demand. Kalau kawasan tu adalah tempat yang busy, ramai orang dan menjadi tempat persinggahan ramai, harga mengecas disitu pastinya mahal.
Sebaliknya, kalau sesuatu tempat tu bukanlah kawasan tumpuan, harga charger di situ pastinya lebih murah.
Saya nak simpulkan, faktor harga berbeza-beza ni bergantung kepada ;
1. Kelajuan mengecas,
2. Syarikat yang mengoperasikan charger,
3. Permintaan pelanggan.
Jadi, berapa harganya?
Di Malaysia ni, harga untuk mengecas kereta EV dikira dengan cara ini; Dicas mengikut berapa kWh berjaya dihantar ke bateri kereta EV anda.
Secara rawak, harga yang biasanya ditawarkan di stesen pengecas ni adalah dari Rm 1.20 hingga Rm 1.80 bagi setiap kWh (disebut kiloWatt hour). Dalam range ni, pendapat peribadi saya adalah Rm 1.50 dan kebawah adalah harga yang berbaloi. Favourite saya adalah yang berharga Rm 1.30 setiap kWh.
Tapi saya pernah terjumpa satu charger yang agak laju, tapi harganya super murah. Harganya adalah Rm 1.00 sahaja bagi setiap kWh. Dan kelajuan yang pihak operator sediakan pun cukup baik bagi saya. Cuba teka, syarikat mana operatornya?
Nak tahu kat mana? Cuba tengok saya tulis ni — Charger DC Paling Murah di Malaysia Untuk Kereta Elektrik EV
Mahal ke Murah?
Pendapat saya, harga untuk mengecas kereta elektrik di Malaysia ni adalah murah. Bagaimana boleh saya kata murah? Ia akan jadi murah kalau anda cas kereta EV di rumah. Saya ulang, cas di rumah adalah murah.
Tapi kalau anda cas di tempat lain selain dari di rumah, ia adalah mahal. Ia bukanlah terlalu mahal sampai tahap hanya orang kaya dan T20 sahaja yang boleh guna. Tapi ia lebih mahal dari kos isi minyak kereta petrol anda. Dengan syarat anda compare dengan minyak petron RM 95 lah ya. Kalau RON97 tu, memang dah tentu sangat mahal.
Saya ada tulis satu artikel tentang saya mengecas kereta EV semasa dalam perjalanan dari Nilai N9 ke Desaru, Johor. Saya mengecas kereta EV saya, BYD Atto 3, selama 30 minit. Berapa harga yang saya perlu bayar? Boleh baca kat sini ya — Cas Kereta EV Selama 30 Minit, Berapa Kena Bayar? Mahal ke?
Ditulis oleh,
