#MengecasEV

Charger DC Paling Murah di Malaysia Untuk Kereta Elektrik EV

Ditulis pada 30 August 2025

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 30 August 2025

#Tags
#MengecasEV, EV Charger Penang, Pandu EV KL Penang

#MengecasEV — Sejak menjadi pengguna kereta elektrik, saya telah beradaptasi untuk merancang dahulu sebelum memulakan perjalanan. Lagi-lagi bila nak memulakan perjalanan jauh.

Saya guna app JomCharge untuk mengecas kereta EV apabila saya berada di luar kawasan. Jadi untuk buat perancangan perjalanan pun saya gunakan app yang sama.

Saya biasa naik ke Alor Setar atas urusan kerja. Baru-baru ni masa saya buat planning untuk ke Alor Setar, saya terjumpa satu DC charger yang sangat murah. Mungkin juga adalah yang paling murah di Malaysia. Tapi dimana tu?

Berapa Harga Yang Ditawarkan?

Anda tahu tak berapa harga market yang biasanya ditawarkan oleh syarikat yang menjual tenaga kereta EV ni? Saya ada buat perbandingan harga untuk DC charger di 3 mall random di Lembah Klang, kalau nak anda boleh baca cerita tu.

Di charging station ni, harga yang ditawarkan adalah hanya Rm 1.00 sahaja untuk setiap kWh. Ya betul, pendapat saya harga ini adalah sangat murah. Kelajuannya juga agak baik iaitu 50 kW.

Oh ya, DC Handal adalah syarikat yang mengoperasikan DC Charger disini.

Rm 1.00 untuk setiap kWh, DC Charger ya

Kenapa Harganya Murah?

Biasanya harga yang ditawarkan adalah dari Rm 1.30 sampai lah Rm 1.80 bagi setiap kWh (disebut kiloWatt hour). Ini adalah DC Charger tau, yang laju tu. Bukannya AC Charger yang perlahan tu.

Jadi bila DC Handal tawarkan harga yang sangat rendah, pendapat saya mesti ada downside-nya. Betul tak? Jadi saya buat semakan sikit di Google Maps untuk tahu apa yang ada di sekeliling kawasan ini.

Dimana Lokasinya?

Lokasi tempat ini tak jauh dari Plaza Tol Jawi, anggaran 1 kilometer sahaja jaraknya. IJM Bayouri Gallery ni adalah pusat sales gallery penjualan rumah baru.

Jadi, DC Charger yang ada disini adalah di tempat parking dalam kawasan galeri ni. Di sekelilingnya memang tak ada apa-apa pun dalam walking distance.

Bermakna kalau anda datang untuk charge kereta disini, anda memang akan spend masa melepak kat dalam kereta sahaja. Jadi kalau nak charge kereta kat sini, pastikan anda dah siap siap beli makanan dan air. Sebab dalam masa 30 — 40 minit anda akan lepak sahaja kat dalam kereta.

Walaubagaimanapun, memang fair lah kan. Walaupun kat sekelilingnya tak ada apa-apa, tapi harga yang di-offer cukup murah. Rm 1 je untuk setiap kWh. Lagipun ramai je yang memang lepak kat dalam kereta je sambil kereta dicas.

Sumber Gambar : Google Maps

Next time bila saya ke arah utara tanah air lagi, saya akan berhenti disini untuk mengecas kereta.

Tulisan oleh,

Anda sedang membaca:

Charger DC Paling Murah di Malaysia Untuk Kereta Elektrik EV

Dalam kategori:

#MengecasEV

Ditulis pada :

30 August 2025

Leave a Reply