#MengecasEV

Cas Kereta EV Selama 30 Minit, Berapa Kena Bayar? Mahal ke?

Ditulis pada 14 July 2025

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 14 July 2025

#Tags
EV Car Trip, KL To JB

#MengecasEV — Baru baru ini saya dan keluarga seramai 5 orang (termasuk diri saya sendiri) pergi ke Desaru Johor untuk lepak-lepak selama 3 hari 2 malam disana. Kami akan menaiki kereta elektrik (EV) saya iaitu BYD Atto 3 Ultra dan saya memang dah buat perancangan dimana tempat yang akan saya berhenti untuk mengecas kereta.

Dari Nilai Negeri Sembilan ke Desaru Johor

Kami mulakan perjalanan dari Nilai Negeri Sembilan untuk ke Desaru, Johor. Kalau ikutkan Waze dan Google Maps, jumlah jarak perjalanan adalah anggaran 350 kilometer (km). Jadi saya mulakan perjalanan dengan bateri 100% yang dah siap charge dari rumah.

Dengan menggunakan mod pemanduan ‘Sport’ dan juga ‘Standard Regen’, kami mulakan perjalanan dengan adik perempuan saya memandu kereta. Cuaca pada hari itu cukup baik tanpa hujan, jadi kereta akan menggunakan bateri secara standand dan bukan secara berlebihan.

Sampai ke R&R Pagoh Arah Selatan

Dari Nilai Negeri Sembilan, kami masuk ke highway PLUS dari tollgate Bandar Seremban. Selepas memandu sejauh anggaran 152 kilometer dengan kelajuan standard iaitu 100 — 120 kilometer sejam (km/h), kami pun sampai ke R&R Pagoh Arah Selatan.

Dari bateri yang penuh 100% dari rumah tadi, kami sampai ke R&R Pagoh arah selatan dengan bateri pada level 57%. Ini bermakna kereta BYD Atto 3 Ultra ini menggunakan sebanyak 43% untuk jarak sejauh 152 kilometer. Jadi 1% bateri kereta berjaya membawa kami sejauh anggaran 3.5 kilometer. Cukup jauh tak?

Pada saya, jumlah ini adalah cukup baik sebab mengikut pemerhatian dan kiraan saya, jika kereta BYD Atto 3 Ultra ni saya pandu dengan agresif (bermakna penggunaan tenaga tinggi), 1% bateri hanya boleh bawa anggaran 3.0 kilometer. Dan jika saya pandu dengan cara yang super-tenang, 1% bateri boleh bawa hingga anggaran 3.8 — 4.0 kilometer.

Cas Kereta EV 30 Minit Dapat Berapa Peratus Bateri?

Seperti yang telah saya rancang dari awal, kami akan berhenti untuk mengecas kereta di R&R Pagoh Arah Selatan ni. Apa yang akan saya dan keluarga buat adalah kami akan terus mulakan charging kereta (jika charging bay tidak penuh) dan kami akan turun untuk buat apa apa yang patut.

Sedang mengecas kereta di stesen ChargEV di R&R Pagoh (Southbound)

Bila kita berhenti di R&R, memang banyak benda yang akan dibuat. Ada yang nak beli makanan dan minuman, ada juga yang nak berhenti untuk solat, ada juga yang nak buat hobi hobi yang tak baik mereka seperti hisap rokok atau vape, dan ada juga yang nak topup kad touch n go.

Kami akan buat apa yang dipanggil ‘Opportunity Charging’ iaitu mengecas apabila ada peluang sahaja, bukannya mengecas sampai penuh. Jadi kami turun dari kereta dan buat urusan masing-masing. Selepas semua siap berurusan, kami akan terus gerak tanpa kisahkan berapa peratus bateri yang sempat dicas.

Charger yang ada di R&R Pagoh Arah Selatan ni disediakan oleh ChargEV. Mengikut app yang saya gunakan iaitu app JomCharge, charger ini adalah jenis DC (kiranya fast charging la) dengan kelajuan 47 kW.

Bermula dengan 57% bateri yang tinggal, kami semua berurusan selama 33 minit macam yang tertera dalam resit charging session yang saya attach kat bawah ni. Ini adalah screenshot dari app yang saya gunakan iaitu JomCharge.

Resit charging session di R&R Pagoh

Dalam 33 minit pengecasan ni, bateri kereta BYD Atto 3 Ultra ni berjaya dinaikkan dari 57% kepada 87%, ngam-ngam kenaikan sebanyak 30%. Dengan 30% bateri yang berjaya dicas ni, kos yang saya bayar adalah Rm 31.50.

Jom Kira Berapa Kilometer Kita Boleh Dapat

Dengan bermodalkan Rm 31.50 tadi, kita berjaya naikkan sebanyak 30% bateri kereta. Ingat tak kiraan awal kita tadi, 1% bateri boleh bawa kereta ini sejauh 3.5 kilometer. Jadi dengan wang sebanyak Rm 31.50 ;

30% X 3.5 kilometer = 105 kilometer

Dengan modal Rm 31.50 tadi, jika pemanduan sama seperti sebelum ini, kita boleh memandu sejauh anggaran 105 kilometer. Apa pendapat anda untuk harga yang dibayar dengan kilometer yang boleh kita dapat, mahal atau murah?

Semestinya harga ini adalah mahal, haha! Dengan kereta petrol yang biasa (bukan kereta petrol performance), semestinya kita akan dapat harga yang lebih rendah untuk setiap kilometer.

Apa Pendapat Saya?

DC Charger diluar ni ada banyak kelajuan dan berbeza-beza harganya, dan juga disediakan oleh pelbagai syarikat. Yang saya gunakan di R&R Pagoh (Southbound) ini, mereka sediakan DC charger dengan kelajuan 47 kWh dengan harga Rm 1.40 bagi setiap kiloWatt. Diluar sana ada DC charger yang lebih murah, seperti Rm 1.20 — 1.30 untuk setiap kiloWatt.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan mengecas kereta elektrik dirumah, kos mengecas jadi agak tinggi jika apabila mengecas kereta EV menggunakan DC Charger di luar. Untuk perjalanan jauh dari rumah, nak atau tak nak memang kita terpaksa gunakan public charger di luar juga kan. Telan lah ya, nak sangat guna kereta EV kan!

Baca juga — Berapa Harga Cas Kereta EV Guna DC Charger di Shopping Mall?

Ditulis oleh,

Anda sedang membaca:

Cas Kereta EV Selama 30 Minit, Berapa Kena Bayar? Mahal ke?

Dalam kategori:

#MengecasEV

Ditulis pada :

14 July 2025

Leave a Reply