Kira Kira

Bil TNB Naik Banyak Selepas Guna Kereta Elektrik EV?

Ditulis pada 14 September 2025

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 14 September 2025

#Tags
Bil Elektrik Mahal, Bil Elektrik Naik, Bil TNB, TNB Bill

#KiraKiraKeretaEV — Perdebatan dan kerisauan orang yang belum menjadi pengguna kereta elektrik EV semestinya adalah tentang kos untuk membayar bil elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ya lah, mesti lah risau kalau kalau bil TNB naik 3 atau 4 kali ganda, naya kan!

Setelah beberapa bulan menjadi pengguna kereta EV dan kebanyakan masa saya cas kereta di rumah, saya dah ada pengalaman ini. Saya akan share dengan anda pengalaman ini, supaya sedikit sebanyak boleh bagi gambaran kepada anda ya.

Dalam posting kali ini, saya akan ceritakan bagaimana perubahan bil TNB saya pada 3 bulan sebelum menggunakan kereta EV dan juga 3 bulan selepas menggunakan EV sebagai kenderaan harian.

Bila Saya Mula Gunakan Kereta Elektrik?

Saya collect kereta BYD Atto 3 Ultra saya dari showroom BYD pada 31 Mei 2025, iaitu hari terakhir dalam bulan Mei. Jadi untuk senang kira, saya anggap saya mulakan guna kereta elektrik ni pada bulan Jun 2025 lah ya, senang kira kan.

Kereta BYD Atto 3 Ultra ni adalah kereta EV pertama saya. Jadi saya pun belum faham lagi macammana permainan mengecas kereta EV ni.

Ini adalah bil TNB (Tenaga Nasional Berhad) bulanan untuk rumah saya yang berada di di Nilai, Negeri Sembilan pada bulan Mac, April dan Mei pada tahun ini iaitu 2025.

Bil bulan Mac, Rm 406. 30
Bil bulan April, Rm 440.00
Bil bulan Mei, Rm 500.65

Total bil untuk Mac, April dan Mei tahun 2025 adalah Rm 1,346.95. Jadi pecara purata untuk tiga bulan ini, bil TNB di rumah saya adalah Rm 448.98 sahaja dengan jumlah purata kegunaan dalam kiloWatt hour (kWh) sebanyak 948 kWh sebulan.

Purata Bil Elektrik Sebulan = RM 448.98

Macam biasa lah, ada bulan yang kita guna tenaga dengan agak banyak dan ada pula bulan yang kita guna lebih sedikit dari sebelumnya. Ini adalah keadaan ‘real world’, bukannya dalam controlled environment. Jadi memang penggunaan bulanan tu tak stabil. Saya yakin, rumah anda semua pun mesti sama jugak kan.

Ini Rekod Isi Minyak Kereta Saya Dalam 3 Bulan Ini

Screenshot dibawah inilah rekod saya refuel minyak kereta saya. Saya menggunakan dua buah kereta iaitu kereta pertama menggunakan enjin 1.5 NA dan kereta kedua menggunakan 2.0 dengan Single Turbo. Tapi sama juga, saya juga yang guna dan saya juga yang isi minyaknya.

Untuk informasi tambahan, saya hanya isi minyak di stesen Petronas sahaja dan saya hanya isi minyak RON 95 (kuning) sahaja. Terima kasih kepada app Setel yang banyak memudahkan proses isi minyak!

Sama juga macam penggunaan tenaga elektrik di rumah, ada bulan yang kita guna banyak dan ada bulan yang kita guna agak sedikit. Dalam 3 bulan ni, saya guna secara total adalah sebanyak Rm 1,183.50 dan puratanya adalah Rm 394.50 sahaja. Cuma saya tak dapat pastikan jumlah kilometer yang saya dapat sebab saya tak measure pula. Untuk testing dimasa akan datang, saya akan kira mileage jumlah kilometer okay!

Purata Isi Minyak Sebulan = RM 394.50

Jumlah Bil Elektrik & Kos Isi Minyak Kereta

Purata penggunaan minyak kereta saya untuk bulan Mac, April dan Mei tahun 2025 ini adalah Rm 394.50. Kemudian purata bil TNB pada bulan bulan yang sama pula adalah Rm 448.98 sahaja setiap bulan.

Jadi, total untuk kedua-duanya adalah Rm 843.98 sebulan.

Bagaimana Bil Elektrik 3 Bulan Selepas Guna Kereta EV?

Mesti ada yang skip terus ke bahagian ini kan? Tak apa, tak ada masalah. Yang penting anda cuba compare dengan penggunaan elektrik sebelum saya guna kereta EV ya.

Ini dia rekod bil TNB di rumah saya pada bulan Jun, Julai dan Ogos tahun 2025 ini.

Bil bulan Jun, Rm 723.85
Bil bulan Julai, Rm 544.70
Bil bulan Mei, Rm 708.65

Selepas saya menggunakan kereta EV, jumlah bil untuk bulan Jun, Julai dan juga Ogos tahun 2025 adalah Rm 1,977.20. Jadi pecara purata untuk tiga bulan ini, bil TNB di rumah saya adalah Rm 659.07 sahaja dengan jumlah purata kegunaan dalam kiloWatt hour (kWh) sebanyak 1370 kWh sebulan.

Purata Bil Elektrik Sebulan = RM 657.07

Penggunaan tenaga purata sebelum guna EV = 948 kWh / bulan

Penggunaan tenaga purata selepas guna EV = 1,370 kWh / bulan

Macammana pendapat anda, adakah banyak kenaikan bil TNB di rumah saya ni? Adakah berbaloi saya gunakan kereta EV ni?

Jom Kita Buat Perbandingan

Dalam bulan Mac, April dan Mei, saya membayar Rm 843.98 setiap bulan untuk kos TNB dan juga kos Transportation.

Dalam bulan Jun, Julai dan Ogos, saya membayar Rm 657.07 setiap bulan untuk kos TNB dan juga kos Transportation.

Jadi Apa Kesimpulannya?

Walaupun bil TNB meningkat selepas menggunakan kereta EV, nampaknya ada pengurangan sebanyak RM 186.91 setiap bulan jika kita gabungkan kos membayar bil TNB rumah dan juga kos transportation.

Walaubagaimanapun, sekali lagi saya nak tekankan bahawa kiraan ini adalah dalam keadaan ‘real world’ dan bukannya dalam keadaan ‘controlled environment’. Saya tak tetapkan berapa banyak kilometer yang saya lalui dalam kiraan ini. Saya juga tak tetapkan kelajuan purata atau kelajuan maksimum semasa memandu kereta. Saya juga tak tetapkan berapa jumlah orang yang berada dalam kereta dalam tempoh 6 bulan itu.

Semuanya bercampur campur kerana ia adalah ‘Real World’. Penggunaan saya tak semestinya sama dengan penggunaan anda dan jumlah kilometer saya pandu kereta juga pastinya tak akan sama dengan jumlah kilometer yang anda pandu.

Bagaimana dengan anda, anda akan guna kereta elektrik (EV) tak?

Tulisan oleh,

Anda sedang membaca:

Bil TNB Naik Banyak Selepas Guna Kereta Elektrik EV?

Dalam kategori:

Kira Kira

Ditulis pada :

14 September 2025

Leave a Reply