#KiraKira — Pernah saya bersembang dengan seorang stranger masa sedang cuci kereta di Nilai. Salah satu soalan abang tu pada saya adalah “Cas kereta kat shopping mall tu semua free ke?”. Jawapan saya masa tu adalah “Kena bayar bang. Lagi mahal dari cas kat rumah”.
Dalam posting kali ini, saya nak tunjukkan berapa harga untuk mengecas kereta elektrik di kebanyakan shopping mall. Saya akan ceritakan tentang DC Charger sahaja tau. Saya taknak cerita tentang AC charger, sebab AC charger ni lambat. DC charger yang lajuuu!

Last time saya dah pernah ceritakan pengalaman saya mengecas kereta di R&R Pagoh Arah Selatan. Kalau anda nak baca, boleh tekan link ni ya untuk terus ke blog tu.
Saya akan buat screenshot di app JomCharge ya. Saya memang sentiasa guna app ni bila nak charge kereta di public charger.
Untuk posting ni, saya akan tunjukkan maklumat tentang DC Charger di 3 shopping mall. Saya pilih secara random je iaitu di IOI City Mall Putrajaya, Aeon Mall Cheras dan juga Aeon Mall Nilai. Saya pun tak tahu kenapa saya pilih 3 mall ni, tapi tak kisah lah kan. Jom kita mulakan dengan IOI City Mall Putrajaya dahulu ;
1. IOI City Mall Putrajaya
Terdapat 8 charging bay di IOI City Mall Putrajaya ni. Dan dari 8 bay yang ada, 4 adalah AC Charger dan 4 lagi adalah DC Charger. Dan juga 4 bay bagi DC Charger ini juga terbahagi kepada dua, iaitu dua charger dengan kelajuan 50 kW dan lagi 2 charger pula dengan kelajuan yang lebih pantas iaitu 240 kW.
Charging Station di IOI City Mall Putrajaya ni dioperasikan oleh DC Handal.
Dibawah ini adalah screenshot pertama dalam aplikasi JomCharge untuk DC Charger dengan kelajuan 50 kW di IOI City Mall Putrajaya. Dengan kelajuan 50 kW ni, DC Handal tawarkan harga yang sederhana iaitu Rm 1.30 untuk setiap kWh yang berjaya dihantar ke bateri kereta anda.
Anda pandai baca screenshot kat bawah ni tak?

Selain dari DC Charger berkelajuan 50 kW, DC Handal juga provide dua lagi charging bay dengan kelajuan yang jauh lebih pantas iaitu 240 kW. Ya betul, anggaran 5 kali ganda lebih laju dari 50 kW tadi.
Tapi harganya berbeza sedikit lah. Untuk yang berkelajuan 240 kW ni DC Handal tawarkan harga Rm 1.50 bagi setiap kWh iaitu 20 sen lebih mahal berbanding charger yang berkelajuan sederhana tadi (50 kW). Ingat, 20 sen lebih mahal untuk setiap kWh (kiloWatt hour) tenaga yang berjaya dicas tau, bukannya 20 sen lebih mahal dari harga total, hehe.

Contohnya jika saya nak mengecas bateri kereta EV saya iaitu BYD Atto 3 Ultra, saya nak naikkan dalam 50% bateri, saya perlu mengecas dalam anggaran 35 kWh. Kalau saya guna charger berkelajuan 50 kW tadi, saya akan membayar sebanyak ;
Rm 1.30 X 35 kWh = Rm 45.50
Tapi kalau saya gunakan charger laju gila berkelajuan 240 kW tu pula, saya akan membayar sebanyak ;
Rm 1.50 X 35 kWh = Rm 52.50
Nampak tak, walaupun jumlah tenaga yang anda beli tu sama sahaja, harganya berbeza. Kenapa harganya berbeza? Sebab kelajuan mengecasnya berbeza. Bezanya banyak atau tak? Rm 7.00 beza. Terpulang kepada poket anda untuk judge samada banyak atau tak bezanya. Tapi kalau tanya saya? Saya akan guna charger 50 kW tadi. Kenapa? Baca cerita yang ni pula okay!
2. Aeon Mall Cheras Selatan
Di Aeon Mall Cheras Selatan ini pulak, charger EV kat sini dioperasikan oleh ChargEV. Kat sini hanya ada 4 charging bay yang mana 2 adalah AC Charger dan lagi 2 adalah DC Charger.
Cuba teliti screenshot dibawah, kelajuan DC charger yang disediakan adalah 60 kW. Kedua dua bay menggunakan kelajuan yang sama tau (walaupun screenshot terpotong dua).
Dengan kelajuan 60 kW ni, ChargEV menawarkan harga yang agak tinggi juga pada saya. Harganya adalah Rm 1.60 untuk setiap kWh tenaga yang berjaya disalurkan ke kereta elektrik anda.

Jom kita cuba kira. Jika saya nak cas kereta saya sebanyak 50%, saya perlu membeli anggaran 35 kWh tenaga disini dengan harga Rm 1.60 bagi setiap kWh. Jadi,
Rm 1.60 X 35 kWh = Rm 56.00
Macammana, anda rasa okay tak dengan harga yang ChargEV tawarkan di Aeon Mall Cheras Selatan ni? Pada saya, harga ini agak tinggi. Jika bukan urgent, kemungkinan besar saya tak akan cas kereta saya di charger yang berharga lebih dari Rm 1.50 per kWh.
3. Aeon Mall Nilai, NS
Ini pula cerita tentang DC charger di Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan. Operator di charger disini adalah ChargEV juga, sama macam yang ada di Aeon Mall Cheras Selatan tadi. Dan harga yang ditawarkan juga masih tetap sama iaitu Rm 1.60 bagi setiap kWh.
Jumlah charging bay juga sama, ada 4 bay. Dua bay dilengkapi dengan AC charger dan lagi dua adalah DC charger. Tapi ada benda yang berbeza sikit berbanding di Aeon Mall Cheras Selatan. Cuba anda tengok screenshot kat bawah ni, apa yang berbeza?

Ya betul, yang berbeza adalah charging speed yang disediakan. Kat Aeon Mall Nilai ni charging speed yang disediakan adalah berkelajuan 120 kW. Dua kali ganda lebih laju berbanding yang ada di Aeon Mall Cheras Selatan tadi tau!
Jadi kalau kita buat kira-kira, jawapannya adalah sama macam kita cas kereta kita di Aeon Mall Cheras Selatan tadi juga iaitu ;
Rm 1.60 X 35 kWh = Rm 56.00
Cuma disini anda dapat cas kereta dengan lebih cepat lah kan. Tapi nak cepat cepat buat apa? Kita kan ada kat mall, pergi jalan jalan dan makan makan lah dulu.
Tulisan oleh,
