#MengecasEV — Ramai yang masih tertanya tanya macammana caranya untuk mengecas kereta elektrik (EV) kan? Kereta EV ni adalah kereta yang gunakan bateri, jadi memang kita perlu cas untuk kita gunakan secara harian. Sama juga macam kita guna handphone, setiap hari pasti kita akan charge handphone kita kan.

Cuma bezanya dengan kereta, kemungkinan besar kita tak akan cas kereta elektrik (EV) kita setiap hari. Sebabnya kita bukannya switch on kereta kita sepanjang hari pun kan. Kalau macam saya, saya hanya cas kereta elektrik saya, BYD Atto 3 Ultra, dalam 2 atau 3 kali sahaja dalam seminggu. Itu pun kalau saya drive dengan banyak.
Jom saya terangkan semua cara untuk mengecas kereta elektrik. Ada 3 cara untuk mengecas kereta elektrik dan yang pertama adalah ;
1. Charger 3 Pin Yang Datang Bersama Kereta.
Masa saya beli kereta BYD Atto 3 Ultra ni, saya diberikan terus satu set charger 3-pin oleh BYD secara percuma. Ia datang sekali dengan kereta. Charger 3-pin ni adalah charger yang kita boleh cucuk pada plug point di rumah kita macam biasa je.
Ada orang panggil charger ni sebagai ‘Granny Charger’. Saya pun tak pasti kenapa gelaran ini diberikan kepada charger 3-pin, bunyinya macam charger nenek pulak kan!
Dari segi teknikalnya, charger 3-pin ini boleh bagi kelajuan mengecas selaju 2.2 ataupun 2.3 kW (disebut sebagai 2.3 kilo Watt). Kapasiti bateri untuk kereta elektrik BYD Atto 3 Ultra ini adalah 60.48 kWh (disebut sebagai kilo Watt hour). Kalau anda pandai, boleh cuba kira berapa lama masa diambil untuk penuhkan bateri dari 0% sampai ke 100%?
Speed Rating = Perlahan, saya bagi rating 3/10 untuk kelajuan mengecas
2. Wallbox Charger (atau AC Charger) Dirumah.
Masa saya beli kereta BYD Atto 3 Ultra ni, selain diberikan charger 3-pin secara percuma, saya juga diberikan wallbox charger secara percuma juga! Saya tak pasti samada ini adalah promosi pada masa ini ataupun BYD memang bagi wallbox charger percuma kepada semua pembeli dari dahulu lagi.
Tapi ingat ya, yang diberikan secara percuma adalah ‘wallbox charger’ sahaja. Kos untuk upah pemasangan wallbox charger ini dirumah pembeli kereta mestilah ditanggung oleh pembeli kereta sendiri. BYD tak akan tanggung kos upah pemasangan wallbox tau.
Masa saya buat pemasangan wallbox ni, harga yang di-quote kepada saya adalah RM 1.6K. Sebenarnya kos ini agak mahal juga, sebab baru baru ni saya banyak jumpa electrician yang buat offer untuk upah pemasangan wallbox dengan harga dalam RM 800 hingga ke RM 1000 sahaja.
Cuma wallbox yang diberikan bersama kereta ini bukanlah berjenama BYD. Saya dapat wallbox yang berjenama ‘Zhida by Kineta’. Saya ada dengar juga bahawa pembeli pembeli yang lain ada yang terima wallbox charger jenama lain juga, tapi saya kurang pasti jenama apa.
Kalau ikut spesifikasi, cas kereta EV menggunakan wallbox charger dirumah ini boleh bagi kelajuan sehingga 6.1 atau 6.2 kW. Guna Wallbox charger ni lebih laju dari mengecas guna 3-pin charger yang hanya boleh capai 2.3 kW sahaja. Anggaran 3 kali ganda lebih laju lah kan.
Speed Rating = Sederhana, saya bagi rating 7/10 untuk kelajuan mengecas
3. Guna DC Charger di Kawasan Awam.
Dalam ketiga tiga cara pengecasan kereta EV, cara menggunakan DC charger ini adalah yang paling laju, paling pantas, paling cepat dan tentunya paling mahal. Apa yang dimaksudkan dengan ‘DC’ ni? DC bermaksud Direct Current. Ia berbeza dengan plug point yang ada kat rumah kita yang gunakan AC (Alternating Current).
DC charger ini kita boleh jumpa di banyak tempat contohnya di shopping mall atau di R&R. Tetapi hati hati juga tau, ada juga public EV charger yang tak gunakan DC tapi dia gunakan AC. Kenapa kena berhati-hati? Sebab kalau guna AC charger, kelajuan dia agak lambat berbanding DC charger.
Selain dari ada pelbagai kelajuan mengecas, DC Charger ni jugak disediakan oleh banyak syarikat. Antara yang paling popular adalah DC Handal, ChargEV dan JomCharge.
Kat bawah ni saya sharekan gambar yang saya snap menunjukkan kelajuan mengecas kereta BYD Atto 3 Ultra saya ni menggunakan DC charger. Cuba anda tengok dalam gambar, berapa kelajuan mengecas guna DC charger ni?

Kelajuan mengecas guna DC charger ni boleh mencapai 82.6 kW tau! Secara teknikal, ini adalah 13 kali ganda lebih laju dari menggunakan charger wallbox di rumah. Dan kalau kita compare dengan mengecas guna granny charger, DC charger ni bagi kelajuan 35 kali ganda lebih laju tau!
Speed Rating = Lajuuuu, saya bagi rating 10/10 untuk kelajuan mengecas!
Saya ada ceritakan tentang pengalaman saya mengecas kereta di R&R Pagoh Arah Selatan, semasa perjalanan ke Desaru Johor. Kalau anda nak baca, boleh tekan link ni ya — Cas Kereta EV Selama 30 Minit, Berapa Kena Bayar? Mahal ke?
Jadi, secara total ada 3 cara untuk mengecas kereta elektrik (EV). Dan dari 3 cara ini, 2 anda boleh buat dirumah anda sendiri dengan kelajuan mengecas yang perlahan dan kelajuan sederhana.
Anda nak pasang DC Charger yang laju kat rumah? Boleh ke?
Ditulis oleh,
