Kira Kira

Harga Cas Kereta Elektrik EV Dari 30% Hingga 90%

Ditulis pada 6 January 2026

Ditulis oleh wanzaialjarman

Pada 6 January 2026

#Tags
Audi Juru Penang, BYD Atto 3

#MengecasEV — Baru baru ni saya pergi ke Penang dan beberapa kawasan yang berdekatan dengan Penang. Disebabkan saya memang tak rushing untuk berurusan, jadi dalam perjalanan kali ni saya akan pandu EV saya iaitu BYD Atto 3 Ultra.

Dalam posting kali ini, saya taknak cerita tentang keseluruhan perjalanan. Saya hanya nak ceritakan tentang harga untuk mengecas kereta elektrik bagi 1 sesi sahaja.

Cas Kereta EV di Audi Showroom, Juru Penang.

Semasa di Penang ni, saya tinggal di Holiday Inn & Suites. Jadi saya memilih untuk mengecas kereta saya di Audi Showroom, Juru iaitu dalam 2.5 kilometer je dari hotel. Ini adalah pin lokasinya.

Nak masuk ke dalam showroom ni ada guard post. Tapi tak ada apa apa masalah pun. Bagitahu je kat security guard tu yang kita nak charge kereta, dia akan terus bagi masuk kedalam.

Gambar kat bawah ni adalah view showroom dari dalam kereta saya, semasa saya tengah mengecas kereta.

Audi showroom di Juru ni share dengan Volkswagen showroom. Ya lah, satu company je kan.
Audi showroom ni share dengan Volkswagen. Ya lah, satu company je kan.

Oh ya, kalau kita cas kereta EV kat showroom kereta ni, memang tak boleh buat apa apa. Hanya boleh lepak kat dalam kereta sambil makan makanan kurang sihat yang dah siap siap tapau dari rumah semalam.

Berapa Kelajuan Pengecasan?

Charger ni offer kelajuan pengecasan sepantas 180 kW. Cukup laju tak? Pada saya, cukup laju. Cuma kelajuan ni tak bermakna pun untuk kereta saya BYD Atto 3 ni. Sebabnya kelajuan charging maksimum yang boleh dicapai oleh kereta saya adalah 88 kW sahaja.

Dengan kelajuan maksimum ini, saya mengecas kereta saya selama 31 minit dan 51 saat. Kiranya 32 minit lah tu kan. Dalam masa 32 minit ni, saya berjaya naikkan bateri kereta dari 32% hingga ke 92%.

Jadi dalam masa 32 minit, saya dapat naikkan sebanyak 62% bateri.

Charger ni offer kelajuan charging selaju 180 kW.
Charger ni offer kelajuan 180 kW. Cukup laju tak?

Berapa Harga Saya Bayar Untuk 60% Bateri Ni?

Dengan charger DC berkelajuan 180 kW ni, charger ni offer harga RM 1.30 untuk setiap kWh. Murah? Ya memang murah. Tapi macam biasa lah kan, tempat charge kereta EV yang offer harga murah ni, biasanya tak ada apa apa tarikan. Bermakna, korang tak boleh pergi shopping atau makan minum. Memang kena lepak kat dalam kereta je.

Mengikut rekod, DC charger ni dah hantar sebanyak 35.727 kWh bateri kepada kereta saya. Jadi, jumlah harga yang saya bayar untuk dapatkan 60% bateri ini adalah RM 46.45, macam screenshot resit yang saya attached kat bawah ni.

Screenshot resit
Screenshot resit

Berapa Jarak Boleh Drive Dengan RM 46.45 Ni?

Secara purata dengan gaya pemanduan saya secara personal, saya boleh pandu sejauh 3.5 kilometer bagi setiap 1% bateri kereta saya. Ini adalah campuran antara drive dalam bandar dan drive di highway.

Jadi dengan 60% bateri, saya boleh pandu sejauh anggaran 210 kilometer. Kiraannya adalah macam kat bawah ni:

60% X 3.5 km = 210 kilometer

Bermakna, kos untuk setiap kilometer adalah 22 sen. Macammana, mahal ke murah?

Walau bagaimanapun, ini adalah kos dan harga yang anda perlu bayar jika anda charge kereta elektrik anda di luar (guna public charger). Kalau anda cas kereta guna wallbox di rumah, kosnya adalah jauh lebih rendah.

Dengan ‘jauh’, saya maksudkan kos mengecas kereta di rumah adalah mungkin hanya 1/3 atau 1/4 dari mengecas kereta anda di luar.

Kalau korang tinggal di rumah pangsapuri, apartment, kondominium atau flat (segala yang bukan landed), korang tak boleh pasang wallbox kat rumah kan. Jadi boleh ke nak guna kereta EV? Tinggal di Pangsapuri, Boleh ke Nak Pakai Kereta Elektrik EV?

Ditulis oleh,

Tandatangan 'Wanzai'.

Anda sedang membaca:

Harga Cas Kereta Elektrik EV Dari 30% Hingga 90%

Dalam kategori:

Kira Kira

Ditulis pada :

6 January 2026

Leave a Reply